Saturday 1 April 2017

I'm feeling so down right now.
My heart aches.
My heart aches so much that my eyes are getting teary.

Again I fail.
After I taubah I fail again..
I'm tired.
I have to change.

Friday 7 November 2014

Tangisan.

Aku memang berhati lembut.
Aku senang sangat nangis.
Senang sangat-sangat.
bukan cengeng, bukan mengada-ngada.
Bukan manja.
Sebab aku menangis bukan sebab perkara yang bila orang dengar orang akan kata..
"Tu je sebab kau nangiss??" "Kau biar betul!!" dll.
Tapi aku senang sangat nangis bila hati aku sebak.

Bila aku pendam rasa pedih kat dada tu lama-lama, ia akan keluar jadi airmata.
Bila aku tahan rasa sedih, rasa kecewa, rasa rindu lama-lama, tangisan mula mencurah-curah.

It's just my nature says that..

"When you think you need to cry, just cry."
Hati aku memang cepat tersentuh.
Kalau aku tengok haiwan disiksa, atau dikurung, atau dizalimilah senang cakap.
mata aku dah mula berair.
Jiwa aku meruntun.

Dan aku paling benci bila aku menangis sebab rindu.
Bila aku rindu orang yang sebenarnya ada depan mata.
Macam bila aku rindu Kak Amni, rindu Kak Nisa, rindu Kak Atiqah dan akak-akak BADAR, walaupun sebenarnya mereka masih ada depan aku.

Sebab tangisan tu, tangisan yang akan aku kenang bila mereka betul-betul pergi dari pandangan mata aku.
Tangisan yang tumpah sebab aku tahu..
Aku dah tak boleh jumpa mereka selepas ni! (di maktab)
Aku dah tak boleh rasa kemanisan cinta ukhwah sesama sahabat.

Aku rindu, sumpah aku rindu.
Aku tak boleh nak bayang macam mana rasanya bila mereka dah tak ada,
Untuk bantu kami semua.
Sungguh, aku rindu.

Tapi tu bukan main point aku .
Tangisan.

Bila kau rasa kau buat dosa, bila kau rasa kau gagal untuk jadi hambaNya yang soleh,
kau menangis sebab kau menyesal.
Sedarkah dengan tangisan itu dosa dapat gugur?

Menangislah. Jangan tinggikan ego wahai sahabat.
Menangislah bila perlu. Kerana Allah jadikan tangisan itu bersebab.
Untuk kita dekatkan diri pada Dia.

Bila kita sedih, kita nangis.
Kita rasa hiba. Rasa pilu.
Kita rasa hidup kita sukar.
Dan sedarkah kita, selalunya di saat itu,..
Di saat kita rasa THE WORLD IS AGAINTS ME..

Kita akan pandang langit dan dapat rasa bahawa kita masih punya Tuhan.
Kita akan kata "Ya Allah aku sedih."
"Ya Allah si polan buat aku begini"
"Ya Allah hati aku sakit"
"Ya Allah beratnya ujianMu ini"

Walhal semasa kita sedang bergembira, kita lupakan Dia.
Kita tak ingat Dia.
Kita lalai.

Maka Allah turunkan kesedihan, Allah jadikan tangisan untuk kita ingati Dia kembali.
Setelah kita lupakanNya.

Maka turunkanlah ego anda, dan menangislah.

Sunday 5 October 2014

Ni kau kata?

Dasar.
Bajet baik.
Perasan malaikat.
Bajet perfect.
Bajet alim.

Ni kau kata kau sayang Allah?
Ni kau kata kau sayang Rasulullah?
Ni ke, perangainya?

Eh kalau tak sebab Allah tu Maha Penyayang tutup aib aib kau tu,
Kau tak dilayan tau satu dunia.
Perangai keji.

Ni, munafik macam ni kau kata BADAR?
Perangai hipokrit nak mampus ni kau fikir kau bagus?

Kau lalai!
Kau leka!
Kau ingat kau dah cukup hebat.
Kau selalu sangat rasa amalan kau tu dah terbaik
Kau suka rendahkan orang lain.
Sangka buruk kat orang.

End up kau yang buat perangai.
Setan.
Setan lah yang hasut kau, and kau biarkan macam tu je, kan?
Kau ni kenapa sebenarnya?

Kau yang sibuk dakwah sana sini.
Kata mati tu bila-bila masa boleh datang.
Satu dua hari ye lah kau insaf, then?
Kau lalai balik.
Kau buat perangai lama.
Tak ada usaha nak berubah, dan istiqamah.

Astaghfirullah.
Apa nak jadi dengan kau ni ha?
Nak syurga, tapi perangai macam ahli neraka!
Sedarlah manusia!
Kau ni kenapa?

Thursday 5 June 2014

Berubah?



Aisha memandang tudung labuh yang disangkut di dalam almari. Direnungnya lama.
Sungguh, berat sungguh hati Aisha.
Bersediakah aku untuk berubah? Suara hati Aisha mengulang-ulang.
"Genggam cinta Allah biar sampai syurga." Kata-kata indah di Facebook itu terngiang-ngiang di telinga Aisha.
"Biar berpenat di dunia, biar berlelah di dunia. Ingat, syurga itu terlampau mahal harganya!"
Satu lagi kata-kata mutiara menghiasi pendengaran nurani.

Aisha tekad.
Aisha mula menyarungkan tudung labuh itu.
Setelah disempurnakan lilitannya, Aisha tersenyum memandang cermin.
Hatinya rasa sungguh lega.
Rasa sungguh selesa.
Rasa nyaman. Rasa secured gitu.

Aisha tersenyum lagi.
"Ya Allah, mudahkanlah."

Aisha mula menyarungkan handsocks, stokin dan memastikan wajahnya tidak dikenakan apa-apa mekap.
Aisha tersenyum lagi. Inilah yang aku mahu, bisik hatinya.
Dan Aisha pun keluar dari biliknya lalu bertemu ibu bapanya. Mamanya terpegun melihat Aisha, lantas tersenyum. Aisha hanya mampu senyum hambar.
Mereka pun keluar.

__________________________________________________________________

Ya Allah,
andai ini adalah yang terbaik untukku,
Kau mudahkanlah.
Andai ini adalah jalan yang paling baik untukku,
redhakanlah.
Hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku.
Hanya Engkau yang tahu apa niatku.
Hanya Engkau yang mengerti apa yang aku mahu.

Ya Allah,
aku tahu, jalan ini amat pedih Ya Allah.
Aku tahu, dunia ini penuh dengan hasad dengki.
Ya Allah, Kau limpahkanlah kekuatan untukku untuk berubah.
Menjadi lebih baik.
Bimbinglah hatiku, kawallah imanku.
Tegur aku andai aku tersasar Ya Allah.

Mudahkanlah.
Rabbi yassir wala tu'assir.


Cik Puella,
ini adalah jalan yang kau pilih.
Maka bersedialah dengan semua tohmahan, cacian, kutukan, perlian,
Itu semua adalah mehnah dari Allah untukmu.
Siapkanlah dirimu dengan sifat SABAR, TAWADDHUK, IKHLAS, PEMAAF,
Bersedialah wahai Cik Puella.

Biar mereka kata kau bajet Ustazah, bajet alim, bajet baik,
Biarkan mereka.
Biar mereka kutuk dirimu.
Hanya kau dan Allah Azza Wajalla yang tahu apa isi hatimu.

I've chose this path,
I'm ready for it.
Go on and judge my past,
I have Allah by my side.

:)

Thursday 29 May 2014

Kita Beruntung Allah Tutup Aib..

Allahu..Pernah dengar?

Terkadang celaan dan kritikan membawa kita jauh ke hadapan.. manakala pujian menjatuhkan kita jauh ke belakang

*okay mungkin ayat asal tak bunga bunga gini . eheh. biasalah berpujangga. Got my point?

So inilah dugaan paling besar bagi kita. Para Dai'e yang sedang meningkat. Para Dai'e yang baru kenal erti Tarbiyyah.

Apabila ada satu golongan yang baik-baik, kau puji dia lebih-lebihan. Kau kata, "Kau ni baik sangatlah." "You know what, kau budak baik." and so on.

Tak kisahlah niat kau nak perli dia sekali pun.
Tapi, still lah orang yang dipuji itu akan berkembang juga diameter lubang hidungnya. *kedberi o|o okay ngarut
'
Puji-pujian ni mampu bawa kita menjadi riak dengan amal ibadat kita.
Mula mula mungkinlah betul niat nak ajak orang buat baik, nak halang orang buat jahat.
Tapi kalau dah orang makin puji memuji,
pasti bunga bunga riak menyubur.

Lama lama ibadat bertuhankan pujian.
Lama lama nasihat berpaksikan hinaan.

Memang kita tak mampu nak elak riak.
Sebab kita ni bukannya ada penapis telinga dari syaitan.
Syaitan ni kalau dia dah tak mampu nak drag kita buat benda yang dah terang-terang dosa ;
macam mencarut, membunuh, mencuri etc
Dia akan hasut kau untuk riak pula.
Datangkan was was dan sebagainya.
Datangkan takabbur, sum'ah, and segala jenis wahan.

Tapi, pernahkah kita tersedar wahai Dai'e yang diredhai Allah insyaallah?

Kita sangat beruntung.
Kita sangat beruntung kerana Allah tutup aib kita.
Kita digelar orang-orang yang baik,
kerana Allah tak tunjuk pada manusia betapa jahatnya kita!

Mungkin ada golongan yang benar-benar baik.
Golongan yang benar-benar tiada penyakit hati.
Golongan yang mewarisi sifat Rasulullah dengan sebenar-benarnya.
Di hatinya tiada hitam, mungkin ada.
Tak mustahil!

Tapi untuk golongan marhaen seperti saya, eceh.
Buat dosa itu tak pernah berhenti!
Sudah bertaubat, hakikatnya ulang lagi.
Kalau Allah buka aib, mungkin kita lagi teruk dari mereka-mereka yang biasa ini.

Check diri anda,
Aku ni betul betul baik ke?
Tanya hati anda.
Adakah anda benar-benar ikhlas ?
Adakah solat anda telah khusyuk?
Adakah ilmu sudah cukup di dada?

Jangan mudah judge saudara!
Apa kau fikir kau sudah cukup baik untuk judge orang lain?
Hanya kerana orang kata kau orang baik, kau alim, kau handsome, errr tak bererti anda benar-benar sebegitu!

Kau tak layak untuk kata,
Kau tak baik! Aku saja yang baik!
Well of course anda tak kata pada lisan, tapi hati anda, bagaimana?

Ummah ini perlu ditarbiyyah dengan berhikmah.
Bukan dengan paksaan.
Bukan dengan hukuman.
Bukan juga dengan caci makian!

Rasanya cukup sampai di sini.
Teguran untuk diri sendiri yang lalai, dan pada sesiapa sahaja yang sudi membaca.
Tabarakallah.

Thursday 1 May 2014

Ummah, you're in a sweet dream!



I need to do something for the Ummah.
To stand up and rise .
Kita semua ada kelebihan masing-masing.
Kita mampu buat kalau kita percaya pada diri.

Dear Ummah Nabi Muhammad SAW,
Sedarlah.
Kita sedang berada di akhir zaman.
Umat di zaman ini sudah terdedah dengan perkara-perkara tidak baik.

Lagha
Mungkin kita tak sedar apa yang kita buat itu sebenarnya suatu perkara yang sia-sia
Macam online facebook: 
-comment benda tak berfaedah
-baca gosip-gosip artis
-update pasal artis korea
Macam-macam lagi.
Malah blogging, kalau tak kena caranya, boleh jadi lagha juga, ken?
Semua benda tu ada faedahnya, bermula dari facebook, skype, twitter, atau apa-apa sahaja laman sosial.
Sebab laman sosial tu hakikatnya just a MEDIUM.

Medium yang kita dapat berinteraksi dengan orang sekeliling.
Bagi seorang Dai'e macam kita semua, 
medium sosial ni lah tempat terbaik untuk berdakwah.
Sebab untuk berdakwah di kehidupan sebenar, mungkin rasa kita tak cukup berpengaruh.
Hati belum cukup kuat untuk terima tohmahan.
TAK MENGAPA!
Kita mula laman sosial, kita ajak orang buat baik.
Kita tunjuk mereka keindahan dakwah, tunjuk mereka hebatnya TARBIYYAH!

Tunjuk pada mereka bahawa mereka sudah alpa!
Dunia akhir zaman!
Kita bangkitkan ummah, sekurang-kurangnya kalau Allah tanya kita..
"Apa saja yang kau buat untuk ummah?"
Maka kau boleh menjawab,
"Aku cuba untuk berdakwah."
Allah tak nak pun tengok berapa ramai yang berubah kerana dakwah kita.
Allah tak nak tahu pun berapa kerat saja yang faham apa yang kita sampaikan.
Yang penting usaha kita untuk bantu Ummah!
Apa yang telah kita lakukan untuk bawa semua umat Nabi Muhammad masuk Jannah!

Malah, Nabi Nuh sendiri telah hidup 950 tahun lamanya.
Tapi pengikutnya, sedikit sahaja.
Kenapa?
Sebab, Allah yang berikan hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya.
Allah itu sifatnya Maha Penyayang!
Maha Mengasihani!
Maha Mengerti!
Dia tahu apa kemampuan kita. Malah Dia Maha tahu apa kemampuan kita.

Jadi, cubalah untuk elakkan lagha. 
Semua tu adalah racun dari Yahudi yang nak lumpuhkan semangat umat Rasulullah.
Mereka jadikan kita pemalas.
Jadikan kita alpa dengan dunia hiburan.
Mereka yang jadikan kita serba lemah.
Itu.

Moga Allah redha dengan hidup kita.

The man who wish to change on the 12th, died on the 11th

"The man who wish to change on the 12th, died on the 11th." Kata sebuah pepatah inggeris.

Amir tersentap kuat ketika membaca kata-kata itu di laman sosialnya.
Adam tunduk memandang lantai.
Masing-masing terkelu lidahnya.

"Wei, apa maksud dia doh. Boleh bagi aku paham betul-betul?" Adam soal Amir. Amir masih merenung jauh. Memandang air embun di daun-daun.

"Maksud dia, kalau kau kata kau nak berubah pada tahun ke-12, boleh jadi kau mati pada tahun ke-11." ringkas penerangan Amir, harap sangat Adam faham.

Adam berkerut. "Iya ke tahun. Dia tak cakap pun.
Macam mana kalau maksud dia, bulan ke 11, minggu ke 11, hari ke 11, atau.. jam ke 11?? atau... minit ke 11.. atau worst! saat ke 11." Adam sambung pandang lantai. Tengok semut-semut sedang berjalan.

Amir makin sentap dijantung. Aduiyai. Rasa macam kena hempap batu!

______________________________________________________________________

Dari Abu Hurairah,

"Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkanlah mengingat pemutus segala kelazatan, iaitu kematian." (Riwayat At Tirmidzi)

Aku dan mati.

Siapa tahu bila dia mati?
Aku? Aku tak tahu.
Kau?
Kau tahu ke?
Tak tahu.
Kau orang, kau orang tahu ke?
Tak tahu.

Kita semua tak tahu bila kita akan mati.
Kita semua tak ada pengetahuan pun bila tarikh kita mati.
Bila saatnya kita akan mati.

Mati wei. Tak takut ke?

Kita dah bersedia untuk hadapi kematian?
Dah bersedia untuk disoal di alam kubur nanti?

*Lap peluh laju-laju*

Jadi, manfaatkanlah hidup kita ni.
Jangan sia-siakannya.

Stoplah buat benda lagha-lagha(sia-sia) ni.
Berhenti bermimpi indah dan pijaklah bumi!

Do something for the ummah! The ummah needs you!
Ni bukan masa untuk kau ralit main Snake Xenxia. Bukan masa untuk kau sibuk tembak-tembak dalam Dota. Bukan masa untuk kau mendekati zina dengan pakwe makwe kau tu!

Ni bukan masa untuk bersenang-senang lagi! The Ummah is in comma!
Kita kena buat something untuk ummah ni.
Bagi kita sama-sama dapat step in Jannah!

Kau taknak ke Jannah?!
Aku tanya ni, KAU TAKNAK KE JANNAH?